7 STRATEGI BERKESAN BEBAS HUTANG

 7 STRATEGI BERKESAN BEBAS HUTANG



Ha, korang nak tau tak teknik berkesan macam mana nak bebas daripada hutang, caranya ialah dengan menggunakan teknik “snowball” (bola salji) . Ada beberapa cara. Read carefully…

.

#1. Jangan buat hutang lagi

Ok, yang pertama sekali jangan buat hutang baru. Jangan buat hutang baru untuk selesaikan hutang. Sama sekali tak akan membantu. Cara itu hanyalah ‘gali lubang tutup lubang sahaja’. Kita terpaksa gali lubang yang lagi besar untuk tutup lubang yang lagi kecil.

.

#2. Bayar hutang secara automatik

Kalau nak bayar ansuran pinjaman atau sebagainya, lebih elok kita buat secara automatik. Jangan buat secara manual. Sebabnya adalah untuk elakkan terlupa bayar dan akan sebabkan hutang tersebut tertunggak.

.

#3. Potong perbelanjaan, tambahkan bayaran hutang.

Untuk cara ni kita perlu potong semua jenis perbelanjaan yang bukan keperluan. Dalam sebulan kalau kita boleh jimatkan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM50, kita boleh gunakan untuk tambahkan bayaran untuk membayar hutang atau tambahkan simpanan

.

#4. Langsai hutang paling kecil dahulu

Fokus untuk langsaikan hutang yang paling kecil. Kalau kita ada 5 hutang, selesaikan hutang yang kecil dahulu, sementara 4 yang lain tu jugak kita bayar mengikut jadual.

.

#5. Selesai satu hutang, fokus langsaikan hutang seterusnya.

Bila hutang paling kecil langsai, kita telah ada lebihan daripada hutang yang telah langsai tersebut. Maknanya lebihan tersebut boleh digunakan untuk membayar 4 lagi hutang yang belum langsai.

.

#6. Guna duit ‘durian runtuh’ untuk tutup hutang.

Bila kita dapat duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan , gunakan telebih dahulu untuk bayar hutang. Dengan ini, hutang kita itu dapat dilangsaikan dengan lebih cepat.

.

#7. Simpan dan laburkan penjimatan hutang 100%

Setelah kita langsaikan kesemua hutang, Duit lebihan itu sepatutnya disimpan 100peratus, bukan dijadikan modal untuk buat hutang baru. Laburkan duit tersebut dalam pelaburan yang kita mempunyai ilmu tentangnya.

.

Jadi kesimpulannya, apa-apa pun tekniknya, kita tetap kena bayar hutang tersebut.Tapi bila kita pakai teknik ni (snowball), akan lebih memotivasikan diri kita untuk langsaikan hutang.

.

Siapa setuju dengan teknik ini, cuba komen “setuju”


Nak tahu lebih tentang Ilmu emas & kewangan boleh tekan link di bawah

DI SINI

 


Muhamad Amir Izzat 

PG00596212

Suka Berkongsi Ilmu Emas & Kewangan

Comments

Popular posts from this blog