Untuk anak muda yang mula melangkah masuk umur 20 tahun, inilah masanya untuk anda belajar membuat keputusan sendiri & mengurus kewangan anda. Mungkin akan ada yang kata "Ala Rilek la, Muda lagi. Enjoy la dulu". Betul. Tapi kita kenalah tahu had atau limit kita di mana. Saya faham mula-mula apabila semua benda kena buat sendiri memang rasa susah atau leceh. Tapi ini adalah sebenarnya sebahagian daripada proses ‘adulthood’. Anda masih muda lagi dan mempunyai masa dan peluang untuk buat yang terbaik. Hadamkan nasihat kewangan ini agar anda berjaya capai matlamat kewangan yang diinginkan. Di sini saya nak kongsikan 9 tips kewangan anak muda


1- Jangan ikut gaya “hipster”. Dari hujung rambut sampai hujung kaki barang branded. Biar nampak tak mewah tapi cukup.

 Sebelum membeli sesuatu barang yang harganya agak mahal, anda perlu consider kategori belian agar tak menyesal kemudian hari. Adakah ianya

               Aset- nilai dalam jangka panjang semakin mahal.

               Liabliti – tidak beri pulangan nilai, nilai merosot dalam jangka masa panjang


2- Bina pendapatan sampingan kecil-kecilan

Cukup untuk bantu penuhkan tabung simpanan. Ada pendapatan tambahan akan berikan kita RM200 setiap bulan dah bagus !


3- Belajar menabung 10% - 20% dari pendapatan.

Kalau dapat gaji, simpan dulu baru belanja ! Kalau gaji RM2,500 paling kurang dapat simpan RM250 !

Usah malu untuk berniaga. Ketahuilah, adalah lebih malu jika kita cuba meminjam wang dari rakan-rakan, adik beradik atau ibu bapa.


4. Pastikan beli kereta yang harganya TAK lebih dari setahun gaji.

 Kalau gaji sebulan RM2,000, beli kereta harganya tak lebih RM24,000 . Kesannya ialah akan memudahkan kita untuk membeli rumah pertama.


5. Baca buku kewangan, hadiri seminar berkaitan perancangan hidup dan cari mentor dalam bidang berkaitan. 

Modal beli buku kewangan kurang dari RM 50, tapi hasil pembacaan anda konsisten menyimpan dan tak buat kesilapan.

jangan pula ambik langkah silap dengar nasihat kawan yang lansung tak simpan duit. Dia mungkin anak orang kaya, kita ini dari keluarga biasa-biasa sahaja. 


6. wujudkan simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji.

Kalau gaji RM3,000 maksudnya kita ada RM9,000. Saya tukar dana kecemasan dalam bentuk emas fizikal ada 2 sebab utama

-          Simpanan tak bocor

-          Dalam jangka masa panjang nilai semakin tinggi

Pada tahun 2012, gaji saya waktu tu sekitar RM4,000. Maksudnya saya perlu sediakan sekitar RM12,000 Ssebagai dana kecemasan.

 Dengan wang tersebut saya tukar ke dalam bentuk 100 gram emas fizikal. Hari ini nilai 100 gram melonjak ke paras RM 17,500. Adakah saya perlu menjual ? sudah tentu tidak ! ianya khusus untuk tujuan kecemasan.

Jika perlu tunai untuk kecemasan, Saya ada 2 pilihan sama ada untuk jual atau gadaikan emas di institusi Ar – rahnu. Dapat duit semula nanti, saya tebus semula emas.


7.Elak buat hutang “Personal Loan” atau kad kredit.

 Nanti susah nak beli rumah sebab ‘debt ratio’ tinggi. Ramai anak muda terperangkap dengan ‘Personal Loan’

“ko amik hutang maksima RM30,000. Ko enjoy RM15,000 pergi melancong atau Shopping motosikal besar. Selebihnya ko beri orang tua dan selebihnya di simpan”.

 Amboi, hutang ini pertama sekali tidak akan Berjaya disimpan kerana minda anda sudah diset untuk belanja semuanya.


8. Kongsi dengan pasangan tentang matlamat yang sama.

Lebih mudah awak buat “proposal” dengan bakal metua !

Nota : Catat ‘flow’ perancangan kewangan seperti dibawah untuk mulakan kehidupan anda.

A) Dapatkan pekerjaan

B) Rancang perbelanjaan dan simpanan

C) Tulis matlamat misalnya rumah, kahwin dan letakkan keutamaan

D) Tahu berpa perlu dikumpul untuk beli rumah

E) Tulis dan lekat matlamat di workspace atau meja anda di dalam bilik.

Kredit : Hafizul Hakim

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda yang membaca. Jom join Channel telegram saya untuk dapatkan lebih banyak info . KLIK DI SINI


Muhamad Amir Izzat

Suka berkongsi ilmu emas & Kewangan 

 



Comments

Popular posts from this blog