HARGA EMAS JATUH PERLU BUAT APA ?
Pengalaman saya sebagai orang yang mengajar orang tentang
emas, bila harga emas jatuh sahaja,
sebahagiannya mungkin akan panik (bagi yang baru beberapa bulan
menyimpan emas). Tetapi bagi siapa yang ada ilmu tentang emas, bila harga jatuh
je mereka akan senyum lebar, sebabnya inilah masanya untuk borong emas dengan
lebih banyak. Dengan kata lain, inilah peluang untuk kita untuk mendapat untung
yang lebih besar.
.
Apa yang penyimpan emas perlu faham ialah emas adalah ASET FIZIKAL
seperti tanah dan rumah. Kalau harganya jatuh sekalipun, bukan bermakna kita
betul-betul rugi. Secaranya fizikalnya aset itu masih kekal ada pada kita.
Kalau dah ada 100 gram emas dekat tangan, dengan kejatuhan harga emas tak akan
mengurangkan nilai gram emas tersebut lansung
.
Tak sama pula dengan pelaburan ASET KERTAS seperti saham .
kalau harganya jatuh , kita tak ada apa-apa selain nombor dan kertas sahaja.
Kalau harga aset kertas ini jatuh, selalunya kita akan betul-betul rugi. Masa
tu tak ada apa yang kita boleh manfaatkan pada ‘kertas’ dan ‘nombor’ tu.
.
===== Tip Apabila Harga Emas Jatuh :
1. Beli Lagi Emas Kalau Masih Ada Duit Lebihan.
Bila harga emas jatuh, masa tu la kita boleh rendahkan
belian harga emas. Contohnya sebelum ini kita beli emas dengan herga RM190
segram, Jika kita tambah belian emas ketika harga emas jatuh ke RM170 segram.
Kita akan dapat harga purata RM180. Bila harga emas dah naik ke paras RM190
segram, kita dah boleh nikmati keuntungan atas kenaikan harga emas.
.
2. Pajak Emas Sedia Ada Di Ar-Rahnu Dan Tambah Belian Emas
Dengan Duit Pinjaman Ar-Rahnu.
Bagi yang tak ada modal untuk beli emas, boleh gadaikan emas
sedia ada di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman. Kemudian beli emas. Tapi teknik
ini agak berisiko kalau harga emas turun dalam tempoh yang lama lebih dari
tempoh pajakan. Untuk selamat Simpan sebahagian duit pinjaman untuk bayar
pinjaman balik sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan.
.
3. Tambah Stok Emas (Ejen Emas)
Bagi yang jadi ejen emas (melabur sambil jadi ejen). Ini
adalah masa untuk tambah stok. Pilih item yang paling banyak pilihan. Kalau
harga emas naik sikit, kita dah boleh jual kepada pembeli. Insentif pun dapat,
untung jualan atas kenaikan harga emas pun kita dapat.
.
4. Ajak Kawan-Kawan Lain Sama Untuk Beli Emas
Bila harga emas jatuh, kita perlu memberitahu kawan-kawan
agar mengambil peluang untuk beli emas pada harga rendah. Pengalaman saya,
kalau harga emas jatuh, makin ramai pembeli akan beli emas. Sebab emas bila
harga naik bernilai, harga jatuh pun dia bernilai.
.
Pesan mentor saya : “Beli emas bukan untuk jadi kaya, Tapi
untuk bina Kekayaan”
.
Belajar sesuatu tak ? Bagi yang nak simpan emas serendah
Rm100 boleh tekan link di bio sementara harga emas tengah turun sekarang.
.
P/S : Harga emas harini RM 262 untuk 1 Gram / RM 100 =
0.3817
Nak Mula Simpan Emas - KLIK DI SINI
Nak Tahu Lebih Tentang Emas & Kewangan - KLIK DI SINI
Muhamad Amir Izzat bin Hasnan
Suka Berkongsi Ilmu Emas & Kewangan
Comments
Post a Comment