Syariah Easy Payment Purchase
Harini saya akan terangkan persoalan -persoalan berkaitan Syariah Easy Payment Purchase (SEPP) yang sering ditanya oleh costumer saya berkenaan cara membeli emas secara ansuran. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca.
• Beli emas secara EPP bermaksud, anda beli emas dengan cara bayar bulanan sama ada 4 kali bayar (dalam masa 4 bulan) atau 10 kali bayaran (dalam masa 10 bulan). Ini contoh
- jadual pembayaran EPP bagi 10 gram Bunga Emas & 1 dinar. Bulan Pertama anda perlu bayar gold premium. Bulan kedua dan seterusnya sama sahaja.
BOLEH KE KALAU SAYA BAYAR TIDAK MENGIKUT JADUAL ?
• Boleh. Anda tidak semestinya bayar ikut jadual (boleh bayar lebih
AWAL).
• Cuma, elakkan bayar jumlah yang kurang dari ditetapkan.
• Jika anda ada duit lebihan setiap bulan, anda boleh bayar lebih.
• Jika anda habis bayar awal,anda boleh ambil emas itu lebih awal.
• Tidak wajib untuk tunggu 4 bulan atau 10 bulan seperti dalam
jadual.
PATUH SYARIAH KE BELI EMAS SECARA EPP ?
• Semua cara belian emas public gold termasuklah EPP sudah
mendapat pensijilan patuh syariah oleh Amanie Advisor yang diketuai oleh Dato
Dr Mohd Daud Bakar (DDMDB).
• Beliau merupakan penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.
ADAKAH HARGA EMAS LEBIH MAHAL KALAU BELI SECARA EPP ?
• Tidak. Harga belian emas secara EPP sama sahaja dengan belian
secara biasa. Cuma EPP ada EPP Premium. Anda boleh rujuk jadual EPP Premium
dekat bawah ini.
• Remarks : Biasanya kalau waktu promosi, Public Gold akan
tawarkan belian emas EPP tanpa caj Premium, jadi kalau ada peluang itu, lebih
baik grab cepat-cepat
CONTOH GOLD PREMIUM
APAKAH ITEMS YANG BOLEH DIBELI SECARA EPP ?
• Item yang boleh dibeli secara EPP ialah semua item emas Public
Gold yang berharga RM1,000 ke atas sahaja. Item kecil seperti jongkong
emas 1 gram tidak boleh dibeli secara EPP
• Untuk item emas yang bawah RM1,700, anda hanya dibenarkan
buat belian secara EPP 4. Manakala, untuk EPP 10 hanya untuk item yang
melebihi harga RM1,700.
• Ini hanya peraturan asal. Biasanya kalau waktu promosi, 1
Dinar pun boleh buat EPP 10
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN EPP 4 DAN EPP 10 ?
• EPP 4 bermaksud anda buat belian secara EPP untuk tempoh masa
4 bulan.
• Maksudnya harga emas penuh dibahagi kepada 4.
• Manakala, EPP 10 pula ialah belian emas secara EPP untuk
tempoh masa 10 bulan dengan 10 kali bayaran.
JIKA SAYA BELI EMAS SECARA EPP & SAYA HANYA MAMPU
BAYAR SAMPAI BULAN KE 6, BAGAIMANA DENGAN DUIT SAYA?
• Jika ada masalah seperti ini, anda boleh buat pembatalan EPP
(perlu hubungi staf Public Gold)
• Public Gold akan bayar semula duit anda, Cuma anda akan
dikenakan ‘Cancellation fee’ sebanyak 5% dari jumlah harga emas semasa.
• Cancellation Fee bukan sahaja untuk EPP, buat pembelian biasa
pon ada Cancellation fee.
LEPAS HABIS BAYAR, TAPI TAK NAK AMBIL LAGI MACAM MANA ?
• Anda perlu ambil emas EPP anda selepas habis bayar, jangan
lebih dari 2 bulan.
• Kalau anda tidak ambil, biasanya Public Gold akan lepaskan stock
emas kepada orang lain dahulu atau pulang semula kepada HQ. Kalau anda nak
ambil nanti, lama lagi nak kena tunggu giliran.
• Jika anda rasa nak simpan emas sendiri, boleh guna cara simpan
emas dalam akaun GAP & bukannya EPP.
MACAM MANA NAK MULA BELI EMAS SECARA EPP ?
• Jika anda sudah ada PG Code, boleh buat Order macam biasa di website
Public Gold
• Cuma dekat bahagian payment, anda perlu pilih Syariah Easy
Payment Purchase (EPP), pilih sama ada EPP 4 atau EPP 10
• Kalau masih tiada PG code, anda boleh daftar PG Code anda di
sini DAFTAR PG CODE atau boleh wasap saya untuk bantu anda membeli emas WASAP DI SINI.
KALAU TERLUPA BAYAR SEPERTI DALAM JADUAL MACAM MANA ?
• Kalau terlupa atau terlewat bayar 2-3 hari dari tarikh jadual
itu tiada masalah.
• Boleh buat payment macam biasa jugak. Cuma kalau anda tidak buat
bayaran selama lebih sebulan, staf Public Gold akan hubungi anda untuk tahu
sama ada mahu meneruskan EPP ataupun tidak.
• Jika anda mahu teruskan, boleh buat bayaran segera. Jika anda
tidak mahu teruskan, staf akan buat cancel order.
• Jika anda tidak dapat dihubungi, staf akan mintak bantuan
introducer untuk hubungi anda. Jika masih tidak dapat dihubungi, EPP anda
dikira sebagai batal. Anda akan mendapat refund dengan cas sebanyak 5%.
• Apabila sudah habis bayar, anda ada 2 pilihan untuk ambil emas
anda.
• Jika item yang anda order 20 gram & kebawah, anda boleh
minta Public Gold poskan emas anda kepada anda. Atau anda boleh datang ambil
emas di mana-mana 18 cawangan emas Public Gold.
• Jika anda buat belian EPP item yang lebih 20 gram,anda boleh
datang ambil emas di mana-mana cawangan Public Gold sahaja.
KALAU SUDAH HABIS BAYAR, BOLEH KE NAK MASUKKAN DALAM
AKAUN GAP ?
• TIDAK BOLEH
• EPP dan GAP adalah 2 kaedah pembelian emas yang berbeza
APA KELEBIHAN EPP ?
• Kelebihan utama EPP ialah anda beli emas masa depan dengan lock
harga sekarang.
• Andai kata 10 bulan akan datang harga emas dah naik banyak, anda
hanya perlu bayar mengikut harga emas yang sekarang.
• Kalau akaun GAP, anda perlu bayar ikut harga semasa emas.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada orang ramai untuk mula buat simpanan dari sekarang. Ingin mula simpan emas serendah RM 100 boleh hubungi saya terus di KLIK DI SINI.
Anda juga boleh join channel telegram saya untuk info lebih mengenai emas KLIK DI SINI. InsyaAllah saya akan bantu dan bimbing anda untuk mula simpan emas dengan cara yang terbaik.
MUHAMAD AMIR IZZAT
DEALER PUBLIC GOLD
PG00596212
Comments
Post a Comment