GOLD BAR ATAU BARANG KEMAS ?
KENAPA GOLD BAR LEBIH SESUAI UNTUK PELABURAN BERBANDING BARANG KEMAS?
Saya ingin kongsikan beberapa kelebihan bagi sesiapa yang
menyimpan emas dalam bentuk gold bar berbanding barang kemas atau perhiasan.
Untuk lebih fokus, saya akan merujuk kepada gold bar keluaran Public Gold.
Kelebihan ini ialah bagi pembeli atau penyimpan ye. Bukan untuk tujuan
perniagaan (penjual barang kemas).
1. Gold bar memiliki ketulenan 999.9 atau dipanggil emas
tulen. Biasanya barang kemas berketulenan 916 (ada juga yang berketulenan 999).
2. Gold bar tidak dikenakan caj upah. Ini menjadikan
harganya lebih murah. Barang kemas pula ada dikenakan caj upah.
3. Gold bar tidak dikenakan cukai SST jika ia memenuhi
kriteria logam berharga pelaburan. Barang kemas pula dikenakan cukai SST. Ini
akan menambah mahal lagi harga barang kemas.
4. Beza harga beli dan jual (spread) gold bar pada satu-satu
masa hanya sekitar 6% ke 9% sahaja. Spread barang kemas pula adalah lebih dari
25%.
5. Gold bar boleh dibeli dan disimpan oleh sesiapa saja
tidak mengira jantina. Barang kemas pula hanya boleh dipakai oleh orang wanita.
6. Gold bar boleh dibeli dari serendah RM100 dalam bentuk
gram melalui Akaun Emas GAP atau 0.5 gram dalam bentuk fizikal. Barang kemas
pula sudah pasti memerlukan gram yang lebih dari itu untuk membentuk cincin
atau rantai atau gelang.
Kesimpulannya, sebagai pembeli bijak yang mahu menjadikan
emas sebagai simpanan atau pelaburan, gold bar adalah pilihan terbaik
berbanding barang kemas. Barang kemas sesuai untuk perhiasan. Nak mula simpan
emas serendah RM100 boleh hubungi saya terus KLIK DI SINI
. Anda juga boleh join Channel telegram saya untuk mendapat info mengenai emas
dan kewangan KLIK DI SINI .
AMIR IZZAT
DEALER PUBLIC GOLD
PG00596212
Comments
Post a Comment