APA ITU AKAUN EMAS GAP ?

 

GOLD ACCUMULATION PROGAM (GAP)



Harini saya akan terangkan antara persoalan-persoalan yang sering ditanya oleh costumer berkenaan cara menyimpan emas secara GAP Public Gold. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat.


 

1#- BERAPA MODAL MINIMA BUKA AKAUN GAP ?

       Modal minima untuk membuka akaun GAP ialah RM 100 atau harga harian emas yang bersamaan 1 gram.

       Tapi digalakkan untuk membeli emas dalam gandaan 1 gram.

 

2#- BAGAIMANA NAK BUKA AKAUN GAP ?

       Cara membuka akaun GAP ialah dengan membeli emas RM100 ataupun membeli emas 1 gram 24k dengan harga lebih kurang RM259 (28/09/2021) dan secara automatik menjadi ahli Public Gold.


3#- BAGAIMANA NAK KELUARKAN EMAS FIZIKAL DALAM AKAUN GAP ?

       Boleh withdraw melalui website public gold.

 

Cara nak keluarkan emas dalam akaun GAP

4#- BAGAIMANA NAK JUAL EMAS DALAM AKAUN GAP ?

       Menjual emas melalui akaun GAP boleh dilakukan secara online GAP di web (buyback) dan juga setelah kita mengeluarkan emas fizikal tersebut.

       Jika telah mengeluarkan emas fizikal & emas yang disimpan ditangan, maka emas tesebut boleh dijual secara online atau terus kunjungi cawangan Public Gold terdekat.



Cara menjual emas di akaun GAP

5#- ADAKAH CAJ PENYIMPANAN DIKENAKAN DALAM AKAUN GAP ?

       TIDAK. Caj penyimpanan program GAP adalah percuma. Berbeza dengan pembelian emas secara terus.

        Caj penyimpanan akan dikenakan jika tidak mengambil emas fizikal yang dibeli selewatnya 2 bulan.

       Anda Cuma membuat pembayaran premium (charge premium) semasa pengeluaran emas fizikal sahaja.


6#- BILA TARIKH LUPUT AKAUN GAP ?

       Akaun GAP tiada taikh luput selagi adanya Public Gold.

       Program GAP adalah pelaburan sepanjang hayat.

 

7#- SIAPA YANG BOLEH MEMBUKA AKAUN GAP ?

       Semua warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia yang mempunyai passport yang berumur 18 tahun ke atas.


8#- BOLEHKAH AKAUN GAP DIBUKA UNTUK ANAK-ANAK ?

       BOLEH. Anda boleh buka akaun GAP untuk anak seawall usia 7 hari asalkan sudah memiliki nombor pengenalan diri.

       Bagi anak-anak yang berusia 18 tahun kebawah, ibu-bapa atau penjaga boleh membuka akaun GAP secara bersama (joint account), dimana ibu bapa atau penjaga akan menjadi pentadbir akaun tersebut.

       Sehingga kanak-kanak itu mencecah usia 18 tahun. Boleh pilih sama ada nama ibu atau bapa

       Ibu bapa juga boleh redeem emas fizikal untuk anak mereka.

 

9#- ADAKAH AKAUN GAP MEMPUNYAI BUKU ?

       TIDAK

       Program GAP tiada buku GAP kerana pembelian emas program GAP boleh dibuat secara online.

 

10#- JIKA PEMILIK AKAUN GAP MENINGGAL DUNIA, BOLEH KE PEWARIS KELUARKAN EMAS TERSEBUT ?

          Sijil kematian

          Sijil perkahwinan (suami/isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)

          Surat mahkamah- pindah milik/tadbir harta simati kepada pewaris(isteri/anak-anak

          Salinan IC pewaris

 

11#- APAKAH KELEBIHAN MEMBELI EMAS GAP ?

       Dapat membeli item emas yang kecil dengan harga murah

       Contohnya harga emas 1 gram hari ini RM 258 jadi jika keluarkan emas tersebut harga gold bar 1 gram adalah RM 258 + RM 10 caj gold premium menjadikan harga berjumlah RM 268

       Harga gold bar 1 gram 24k yang sama jika dibeli secara terus atau “cash & carry” di cawangan public gold atau dealer harganya adalah RM 350

       Item emas pada harga emas sama, Cuma kaedah belian sahaja berbeza yang membolehkan penjimatan, jadi lebih baik menyertai program GAP

 

12#- APAKAH ITU CAJ GOLD PREMIUM ?

       Gold premium adalah caj tambahan yang dikenakan ke atas semua belian emas fizikal Public Gold dari kilang ke cawangan-cawangan Public Gold.

       Caj Gold Premium bergantung kepada jenis emas. Contoh jika keluarkan gold bar 1 gram dikenakan gold premium RM10, jika kita keluarkan gold bar 100g dikenakan caj gold premium RM70 dan sebagainya.


Harga Gold Premium bagi setiap gram Emas & Dinar

13#-ADAKAH SAYA WAJIB MEMBELI SETIAP BULAN ?

       Tidak, tak wajib beli setiap bulan. Bergantung kepada perancangan & kemampuan anda. Namun sebaik-baiknya konsisten beli & simpan emas 1 bulan 1 gram.

 

14#- BOLEH KE SAYA WAKILKAN ORANG LAIN UNTUK REDEEM EMAS FIZIKAL UNTUK SAYA ?

       Tidak boleh, hanya pemilik akaun GAP sahaja boleh redeem emas fizikal dari akaun GAP

 

15#- ADAKAH HARGA GAP LEBIH MAHAL BERBANDING PEMBELIAN BIASA ?

       Tak tentu.

       Harga emas GAP berubah setiap jam 12 tengah malam, manakala harga emas pembelian biasa disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.

       Kalau harga emas dunia menaik,biasanya harga GAP lebih murah. Kalau menurun, biasanya harga GAP lebih mahal.

 

16#- KATAKAN SAYA NAK REDEEM 10GRAM EMAS FIZIKAL, BERAPA GRAM YANG PERLU ADA ?

       Pertama sekali, anda perlu tahu baki minima akaun GAP adalah 1 gram.

       Maka untuk membuat pengeluaran emasfizikal 10 gram, anda mesti memiliki 11 gram emas dalam akaun GAP

       Anda boleh mengeluarkan semua gram emas dari akaun GAP dan akaun GAP anda akan dikira “tutup”.

         Tetapi apabila anda ingin mengaktifkan semula akaun, anda akan dikenakan caj RM50.

 

17#- SELEPAS PEMBELIAN GAP, BERAPA LAMA BOLEH KELUARKAN EMAS FIZIKAL DALAM AKAUN GAP ?

       Emas fizikal boleh dikeluarkan daripada akaun GAP selepas pembelian itu dimasukkan dan dikemaskini ke dalam GAP statement di website www.publicgold.com.my

       Public Gold mengambil masa 2 hari bekerja untuk update GAP Statement tersebut.


18#- APAKAH ITEMS YANG BOLEH DIKELUARKAN DARI AKAUN GAP ?





Antara emas yang boleh dikeluakan & banyak lagi

19#- BOLEH KE EMAS FIZIKAL YANG SUDAH DIKELUARKAN, DIMASUKKAN SEMULA KE AKAUN GAP ?

       Tak Boleh.

       Emas fizikal tersebut perlu dijual dahulu.

       Kemudian duit daripada jualan emas fizikal tersebut boleh digunakan untuk dimasukkan ke dalam akaun GAP.

       Namun, kaedah yang digunakan ini “merugikan”.

 

20#- APAKAH BUKTI EMAS YANG DISIMPAN DI DALAM GAP ITU WUJUD ?

       Buktinya, kita boleh mengeluarkan emas itu pada bila-bila masa sahaja di 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia.

       Kalau Item yang kita pilih belum ada ready stock di cawangan terdekat, kita diberi pilihan :

                                                  ü   Tunggu stok baru sampai dari HQ.

                                                  ü  Keluarkan daripada cawangan lain.

                                                  ü  Pilih item lain yang sama berat dengannya.

       GAP juga dipantau oleh panel syariah terlantik, terdapat audit oleh pihak berkenaan tentang kewujudan emas dan tempat simpanan tersebut sebelum Public Gold dapat iktiraf sebagai patuh syariah.        




Sijil Patuh Syariah bagi simpanan GAP

21#- KALAU BERLAKU APA-APA KEPADA PUBLIC GOLD, BAGAIMANA CARA UNTUK KELUARKAN EMAS TERSEBUT ?

       Pertama sekali, kena jelaskan apa yang dimaksudkan dengan “berlaku apa-apa” itu.

       Sebarang perkara luar jangka, kita pun tak dapat nak jangka apa yang berlaku.

       Sebagai contoh tahun 2015, berlaku krisis kewangan di Greece yang menyebabkan duit di bank pun tidak dapat dikeluarkan. Ia perkara luar jangka.

       Jadi kalau rasa “tidak lena tidur” simpan emas dengan Public Gold, kita boleh keluarkan emas tersebut dan simpan sendiri.

 

22#- BOLEH KE EMAS DI DALAM GAP POS KE RUMAH ?

       BOLEH.

       Dengan menggunakan servis Gold In Transit (GIT) dengan caj tertentu akan dikenakan.

       Penghantaran untuk satu parcel adalah terhad kepada 20 gram sahaja.

 



23#- ADAKAH “GAP” INI PATUH SYARIAH ?

       Ya.

       GAP disahkan patuh syariah.

       Sijil patuh syariah dikeluarkan oleh Amanie Advisors.




24#- KALAU TIDAK KELUARKAN EMAS DARI GAP BOLEH KE ?

       Boleh.

       Dengan akaun emas fizikal GAP, anda boleh biarkan sahaja emas anda dalam akaun, tanpa perlu keluarkan kepada fizikal.

       Keluarkan kepada fizikal hanya satu pilihan.

 

25#- SAYA ADA MODAL RM1000, BOLEH KE SAYA BELI EMAS GAP ?

       Minimum intuk pembelian emas di GAP ialah RM100, dengan modal RM1000 pun anda boleh beli emas cara GAP.

 

26#- KENAPA MODAL RM1000 KURANG SESUAI BELI GAP?

       Kebiasaannya, emas 20 gram dan ke atas lebih murah berbanding dengan harga emas GAP kalau dikira harga per gram.

       Cuma kadang-kadang, ada waktu yang harga GAP lebih murah berbanding harga emas yang lain.

 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada orang ramai untuk mula buat simpanan dari sekarang. Ingin mula simpan emas serendah RM 100 boleh hubungi saya terus di KLIK DI SINI.

Anda juga boleh join channel telegram saya untuk info lebih menegenai emas KLIK DI SINI. InsyaAllah saya akan bantu dan bimbing anda untuk mula simpan emas dengan cara yang terbaik.

 

 

AMIR IZZAT                                                                                                                                  DEALER PUBLIC GOLD                                                                                                                PG00596212

 

Comments

Popular posts from this blog