APA ITU EPP PUBLIC GOLD ?

 

Syariah Easy Payment Purchase (SEPP)


EPP merupakan singkatan kepada Easy Payment Purchase. Ia merupakan kemudahan bayaran ansuran yang ditawarkan oleh Public Gold. Inshaallah hari ini saya akan terangkan antara persoalan mengenai kaedah bayaran emas melalui EPP. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat.


1#- APA ITU EASY PAYMENT PURCHASE ?

       Beli emas secara EPP bermaksud, anda beli emas dengan cara bayar bulanan sama ada 4 kali bayar (dalam masa 4 bulan) atau 10 kali bayaran (dalam masa 10 bulan).

       Ini contoh jadual pembayaran EPP bagi 10 gram Bunga Emas & 1 dinar. Bulan Pertama anda perlu bayar gold premium. Bulan kedua dan seterusnya sama sahaja.



Contoh pembayaran 1 Dinar emas dengan kaedah belian EPP selama 10 bulan 



Contoh pembayaran 10 gram gold bar secara EPP bagi 10 bulan


#- BOLEH KE KALAU SAYA BAYAR TIDAK MENGIKUT JADUAL ?

       Boleh. Anda tidak semestinya bayar ikut jadual (boleh bayar lebih AWAL).

       Cuma, elakkan bayar jumlah yang kurang dari ditetapkan.

       Jika anda ada duit lebihan setiap bulan, anda boleh bayar lebih.

       Jika anda habis bayar awal,anda boleh ambil emas itu lebih awal.

       Tidak wajib untuk tunggu 4 bulan atau 10 bulan seperti dalam jadual.

 

3#- PATUH SYARIAH KE BELI EMAS SECARA EPP ?

       Semua cara belian emas public gold termasuklah EPP sudah mendapat pensijilan patuh syariah oleh Amanie Advisor yang diketuai oleh Dato Dr Mohd Daud Bakar (DDMDB).

       Beliau merupakan penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.


4#- ADAKAH HARGA EMAS LEBIH MAHAL KALAU BELI SECARA EPP ?

       Tidak. Harga belian emas secara EPP sama sahaja dengan belian secara biasa. Cuma EPP ada EPP Premium. Anda boleh rujuk jadual EPP Premium dekat bawah ini.

       Remarks : Biasanya kalau waktu promosi, Public Gold akan tawarkan belian emas EPP tanpa caj Premium, jadi kalau ada peluang itu, lebih baik grab cepat-cepat.


5#- APAKAH ITEMS YANG BOLEH DIBELI SECARA EPP ?

       Item yang boleh dibeli secara EPP ialah semua item emas Public Gold yang berharga RM1,000 ke atas sahaja. Item kecil seperti jongkong emas 1 gram tidak boleh dibeli secara EPP.

       Untuk item emas yang bawah RM1,700, anda hanya dibenarkan buat belian secara EPP 4. Manakala, untuk EPP 10 hanya untuk item yang melebihi harga RM1,700.

       Ini hanya peraturan asal. Biasanya kalau waktu promosi, 1 Dinar pun boleh buat EPP 10.

 

6#- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN EPP 4 DAN EPP 10 ?

       EPP 4 bermaksud anda buat belian secara EPP untuk tempoh masa 4 bulan.

       Maksudnya harga emas penuh dibahagi kepada 4.

       Manakala, EPP 10 pula ialah belian emas secara EPP untuk tempoh masa 10 bulan dengan 10 kali bayaran.


Contoh bayaran bagi EPP 4

Contoh bayaran bagi EPP 10

7#- JIKA SAYA BELI EMAS SECARA EPP & SAYA HANYA MAMPU BAYAR SAMPAI BULAN KE 6, BAGAIMANA DENGAN DUIT SAYA?

       Jika ada masalah seperti ini, anda boleh buat pembatalan EPP (perlu hubungi staf Public Gold).

       Public Gold akan bayar semula duit anda, Cuma anda akan dikenakan ‘Cancellation fee’ sebanyak 5% dari jumlah harga emas semasa.

       Cancellation Fee bukan sahaja untuk EPP, buat pembelian biasa pon ada Cancellation fee.

 

8#- LEPAS HABIS BAYAR, TAPI TAK NAK AMBIL LAGI MACAM MANA ?

       Anda perlu ambil emas EPP anda selepas habis bayar, jangan lebih dari 2 bulan.

       Kalau anda tidak ambil, biasanya Public Gold akan lepaskan stock emas kepada orang lain dahulu atau pulang semula kepada HQ. Kalau anda nak ambil nanti, lama lagi nak kena tunggu giliran.

       Jika anda rasa nak simpan emas sendiri, boleh guna cara simpan emas dalam akaun GAP & bukannya EPP.

 

9#- MACAM MANA NAK MULA BELI EMAS SECARA EPP ?

       Jika anda sudah ada PG Code, boleh buat Order macam biasa di website Public Gold.

       Cuma dekat bahagian payment, anda perlu pilih Syariah Easy Payment Purchase (EPP), pilih sama ada EPP 4 atau EPP 10.

 

10#- KALAU TERLUPA BAYAR SEPERTI DALAM JADUAL MACAM MANA ?

       Kalau terlupa atau terlewat bayar 2-3 hari dari tarikh jadual itu tiada masalah.

       Boleh buat payment macam biasa jugak. Cuma kalau anda tidak buat bayaran selama lebih sebulan, staf Public Gold akan hubungi anda untuk tahu sama ada mahu meneruskan EPP ataupun tidak.

       Jika anda mahu teruskan, boleh buat bayaran segera. Jika anda tidak mahu teruskan, staf akan buat cancel order.

       Jika anda tidak dapat dihubungi, staf akan mintak bantuan introducer untuk hubungi anda. Jika masih tidak dapat dihubungi, EPP anda dikira sebagai batal. Anda akan mendapat refund dengan cas sebanyak 5%.

 

11#- BAGAIMANA CARA SAYA UNTUK DAPATKAN EMAS SELEPAS HABIS BAYAR ?

       Apabila sudah habis bayar, anda ada 2 pilihan untuk ambil emas anda.

       Jika item yang anda order 20 gram & kebawah, anda boleh minta Public Gold poskan emas anda kepada anda. Atau anda boleh datang ambil emas di mana-mana 18 cawangan emas Public Gold.

       Jika anda buat belian EPP item yang lebih 20 gram,anda boleh datang ambil emas di mana-mana cawangan Public Gold sahaja.

 

12#-KALAU SUDAH HABIS BAYAR, BOLEH KE NAK MASUKKAN DALAM AKAUN GAP ?

       TIDAK BOLEH.

       EPP dan GAP adalah 2 kaedah pembelian emas yang berbeza.



Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada orang ramai untuk mula buat simpanan dari sekarang. Ingin mula simpan emas boleh hubungi saya terus di KLIK DI SINI
Anda juga boleh join channel telegram saya untuk info lebih menegenai emas KLIK DI SINI. InsyaAllah saya akan bantu dan bimbing anda untuk mula simpan emas dengan cara yang terbaik.Jika anda nak dapatkan e-book mengenai pelaburan emas serendah RM 3, anda boleh hubungi saya terus di KLIK DI SINI.



AMIR IZZAT
DEALER PUBLIC GOLD
PG00596212

Comments

Popular posts from this blog