5 perkara yang perlu kita tahu sebelum membeli emas dan menyimpan emas
5 KRITERIA PENTING YANG PERLU KITA TAHU SEBELUM MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS Apabila anda ingin membeli emas fizikal untuk simpanan emas ataupun pelaburan emas, wajib untuk kita tahu apakah perkara penting dan menepati kriteria asas sebelum mula menyimpan emas dengan cara yang betul dan berilmu. Hari ini saya akan terangkan 5 Kriteria yang perlu kita pertimbangkan sebelum memulakan simpanan emas. 1#- CAJ PER GRAM YANG RENDAH (harga jualan) -Sebelum membeli emas, pastikan kita telah membandingkan harga per gram emas dengan syarikat emas yang lain. Harga per gram yang rendah adalah yang tebaik. -selain itu, kita juga kena pastikan juga kos lain seperti caj premium ataupun kos upah. 2#- SPREAD/SUSUT NILAI NIPIS (rendah) – supaya cepat menikmati keuntungan - Lagi nipis (rendah) susut nilai, lagi cepat dan lagi banyak keuntungan yang bakal kita dapat - Harga per gram yang rendah adalah untuk memastikan kita dapat memaksimumkan keuntung...